Wednesday, August 9, 2017

RADIO AL-QURAN DIGITAL JOC


Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang dijadikan sumber rujukan utama untuk kehidupan kita. Malah kitab suci Al-Quran adalah rahmat yang diturunkan kepada seluruh umat manusia.
Orang yang sering membaca Al-Quran terutamanya di rumah akan diberikan kelebihan yang melimpah ruah di samping akan dikunjungi oleh para malaikat dan syaitan tidak berani menghampiri.

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat”
(Surah Al-A’raaf ayat 204)

Mendengarkan bacaan Al-Quran boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang sering melanda masyarakat pada masa sekarang.
Masalah-masalah seperti:
  • Anak-anak tidur tak lena – selalu resah dan mengigau di tengah malam
  • Sedang hamil, tetapi jiwa resah dan tak tenteram – seperti sering diganggu.
  • Rumah muram dan suram. Seperti ada yang tak kena di rumah.
  • Hidup rasa boring, stress, dan tertekan – tapi tak tahu apa puncanya.
Masalah-masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.
Salah satu cara terbaik untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran adalah dengan menggunakan Radio Al-Quran Digital.

Keistimewaan Radio Al-Quran Digital

Berbeza dengan perkakas lain seperti smartphone, atau mp3 player, Radio Al-Quran Digital ini dicipta khas untuk memainkan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Saiz Kecil & Padat

Dengan saizi 11.5cm x 7cm dan berat 400g. Radio Al-Quran ini mudah untuk disimpan atau dibawa ke mana-mana sahaja.

Bateri Boleh Dicaj

Bateri adalah sama seperti bateri handphone, boleh dicaj semula tanpa perlu menukar bateri baru. Malah bateri ini boleh dicaj berkali-kali dan sangat susah untuk rosak.

Bateri Tahan Lama

Bateri berkapasiti tinggi membuatkan radio ini boleh digunakan sehingga 8 jam secara berterusan tanpa perlu dicaj semula.

Fungsi Radio Terbina Dalam

Selain memainkan kandungan daripada SD Card, radio Al-Quran digital ini mempunyai fungsi radio yang terbina dalam. Hanya scan dan tetapkan channel mengikut frekuensi setempat. Sangat berguna untuk dengar berita terkini dari radio.

Speaker Berkualiti Tinggi

Jangan samakan speaker radio Al-Quran digital ni dengan speaker radio biasa atau speaker smartphone/tablet. Speaker terbina dalam yang sangat berkualiti tinggi membuatkan bacaan ayat-ayat Al-Quran sangat jelas dan mudah difahami.

Kandungan Unlimited

Dengan sokongan terhadap USB Pendrive dan SD Card, anda boleh memasukkan seberapa banyak isi kandungan yang anda inginkan. Yang menjadi penghalang hanya saiz memori anda.


Kandungan Hebat Radio Al-Quran Digital

Pihak kami telah memasukkan isi kandungan yang lengkap untuk membantu anda menggunakan sepenuhnya kelebihan Radio Al-Quran Digital ini.
  • Bacaan Lengkap 30 Juzu’ Al-Quran
    Bacaan lengkap 30 Juzu’ Al-Quran untuk anda perdengarkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. InsyaAllah jiwa akan tenang dan hidup semakin berkat.
  • Bacaan 7 Surah PentingAlunan tujuh surah penting dari Qari-Qari terkenal seperti As-Sudais, Maher, Misyari dan banyak lagi. Belajar bagaimana sebutan dan tajwid bacaan Qari-Qari ini.
  • Surah Khas Untuk Ibu Mengandung
    Bacaan khusus dari Surah Yusuf, Maryam & Luqman untuk ibu mengandung supaya bermanfaat kepada bayi yang sedang dikandung.
  • Surah Yasin, Tahlil, Ruqyah, Zikir & Asma Al-Husna
    Ruqyah yang dipilih khusus untuk menepis sihir dan juga ayat-ayat khusus untuk melindungi diri dari Syaitan yang direjam. Dengarkan setiap masa supaya anda sentiasa terpelihara (dengan izin Allah).
  • Bacaan Juz Amma
    2 Volum lengkap bacaan Juz Amma dari Taha Junaid untuk ketenangan akal dan jiwa.
  • Doa Ringkas Lengkap
    Himpunan doa-doa ringkas yang boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan seharian.
  • Koleksi Ceramah Agama
    Ceramah-ceramah agama dari ulamak-ulamak terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain yang akan membuat anda lebih mendalami Islam dengan lebih mendalam.
  • Koleksi Nasyid-Nasyid
    Hiburkan hati dengan alunan merdu Nasyid Ya Hanana dari pelbagai sumber. Begitu juga-juga koleksi Nasyid kontemporari yang sesuai didengari seisi keluarga. 
  • Koleksi Selawat
    Himpunan selawat-selawat am dan khusus untuk anda pelajari dan praktikkan, termasuk selawat pembuka rezeki dan murah rezeki. Sangat berguna dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ketika ini.
Dan pelbagai lagi kandungan terbaik yang telah pihak kami masukkan di dalam Radio Al-Quran Digital ini untuk membantu anda menggunakan sepenuhnya kelebihan alat terbaru ini.

Baik Saya Berminat, Berapa Harga & Bagaimana Nak Beli?

Harga pasaran untuk Radio Al-Quran digital JOC ialah antara RM70 hingga RM110.
Tetapi kini anda boleh dapatkan harga pengenalan untuk edisi 2017 ini dengan
Harga istimewa kami:
Hanya RM60.00 
(Tawaran Terhad)
Boleh SMS / WA ke no 016-2212499 untuk pembelian online.
Boleh juga COD sekitar kawasan Setapak, Wangsa Maju, Taman Melati, Taman Melawati, Danau Kota, Gombak, Sentul dan Ampang.

Friday, June 9, 2017

KELEBIHAN SELAWAT AZIMIAH


Kelebihan Selawat Azimiah 

Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Azimiah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat oleh seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali. 

1 kali baca Selawat Azimiah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar. 

Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. 

Tapi 1 kali baca Selawat Azimiah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat.



Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla).

Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya. 

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”

Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: 

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) 500 tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi: 

Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-solihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian martabat selawat ini. 

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlillah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.

Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).


Rahsia Selawat Azimiah.
Ilmu dari Sidi Ahmad.


  1. Ditarbiah oleh Rasulullah SAW.
  2. Disukai oleh ahli keluarga Rasulullah SAW, sehingga nak buat anak angkat dan di izin 'jadi ahli keluarga' Baginda SAW.
  3. Rahsia wajmak/berkumpul dengan Nabi SAW.
  4. Rahsia nur wajah Allah dan Nur Muhammadiah.
  5. Kesan atau natijah Selawat Azimiah, mahabbah Allah  dan Rasul SAW.
  6. Jin-jin tak boleh nak sebut apabila nak sebut bunyi Grrrrrrrrrrrr Grrrrrrrrrrrr. Jika kita berjalan dan ada kumpulan jin dekat kita lalu mereka berkata sesama mereka, "awas dia tu amal Selawat Azimiah".
  7. Dapat syafaat Nabi SAW masa hidup, masa nak mati dan di akhirat.
  8. Nabi SAW terus hadir siapa-siapa yang baca Selawat Azimiah, sambil berkata: teruskan teruskan aku suka dengar kamu baca selawat anak ku Ibnu Idris.
  9. Berhimpun dgn Nabi SAW dengan 4 perhimpunan.
  10. Selawat Azimiah boleh dipecahkan kepada 5 bahagian, iaitu Nur, Rahmat, Ta'zim, Berhimpun dan Hakikat Muhammadiah.


Baca 1 kali setiap lepas solat fardu, paling kurang. Boleh juga 100 kali sehari.

Dan maksimanya 2000 kali sehari.




Alhamdulillah penulis sudah mendapat sanad amalan dan berbaiah melalui Al Musnid Sayyid Nu'man al Arabi as Sanusi al Hasani, Al Musnid Dr. Sayyid Nafi' al Arabi as Sanusi al Hasani, Al Musnid Dr. Sayyid Abdul Mun'im bin Abd Aziz al Ghumari al Hasani dan Dato Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al Muhammadi.

SHEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDDIN AL MUHAMMADI

Thursday, December 15, 2016

JALAN-JALAN KE DANAU TOBA

9 DEC - 10 DEC 2016

Perjalanan dari Kota Medan ke Danau Toba mengambil masa hampir 5 jam perjalanan... kematu bontot dok dalam van yang padat wei, dok belakang pulak tu....seramai 11 orang bersama seorang pemandu dan seorang pemandu pelancong makanya 1 van 13 orang...ingatkan dekat rupanya jauh gak Danau Toba ni...macam KL - Kedah jaaaa...tapi kalau KL-Kedah jalan highway sedaplah nak tido kan...tapi yang ni xleh nak tido...jalan macam naik kuda pastu selekoh sini sana... apa pun enjoyyyy....yeyyyy...Balik KL seminggu rehat tak habis penat lagi....

CANTIK FERI NI...CERIA JER KALERNYE
 Pisang kat sini besar-besar...tak macam kat Malaysia pisang kecik-kecik jer...
PASAR TANI KAT PARAPAT DANAU TOBA


PETA TASIK DANAU TOBA...YANG TERHASIL DRPD LETUSAN GUNUNG BERAPI


JUALAN MACAM-MACAM ADA....

SHOPPING SAKAN DEPA NI...

BEST KAT SINI

BERSAMA DATO DR. RADZIAH DAN SUAMI

DI PASAR BERASTAGI...KAT SINI BANYAK JUALAN BUAH2 YANG SEGAR

SEMPATLAH NAIK KUDA SEROUND DI BERASTAGI

PERGI MEDAN 2 BEG...BALIK KL BEG BERANAK-PINAK LA PULAK... HUSBEN KAKI SHOPPING, I TENGOK JERRR...

KURSUS ANATOMI & FISIOLOGI @ USU MEDAN

 ALHAMDULILLAH..... Syukur kepada Allah SWT yang mengatur segala aturannya dan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta, di atas sponsernya juga dapatlah saya mengikuti kursus anatomi dan fisiologi di Universiti Sumatera Utara di Fakultas Kedoktoran bagi memantapkan lagi ilmu perawatan yang saya jalankan....Alhamdulillah syukur nikmat...kursus tersebut berlangsung selama 5 hari bermula 5 Dec - 9 Dec 2016, kelas bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada 4.30 petang, sangat padat dengan ilmu dan hari kedua dah masuk bilik kuliah yang ada mayat serta organ manusia yang telah di awetkan...maaflah gambar tak boleh di postkan...

 Masa hari kedua masuk jer bilik mayat tu adoiiiyaiii semua loya, pedih tekak dan rasa nak muntah...mata pun turut bersedih pedih berairmata....ish ish ishk...bau formalin yang menusuk hidung hingga ke tekak dan mata pun jadi pedih...
Tapi nak belajar punya pasal terpaksa gagahkan diri jugak...kesian kat pensyarah yang mengajar sambil meleleh2 airmatanya menahan pedih... apapun ini pengalaman yang amat mahal harganya sebanding dengan yuran kursus yang di bayar boleh tahan jugak harganya....itulah nilai ilmu yang patut di bayar...
Nampak gayanya semua pelajar yang ada juga turut bersedih dengan kejadian di bilik mayat tersebut,,,yang tak tahan sedih depa pi la kat bilik sebelah kesat airmata dan hirup uadara segar...dah ok masuk balik ke bilik mayat...

Ustaz Shahul dan Dr. Harry....mengajilah baru ceroiii

wajah ceria mahasistua USU

Dalam kelas...depan tu jer dah ada tulang2 manusia..

yeeehaaaa..

Ini adalah contoh saluran saraf di tubuh badan manusia

Barisan guru-guru yang mengajar kami

Bersama Dr. Muluk yang dah berusia 80an, orang lama yang mengajar di USU dan Dr. Sufitni

Tamat sudah....penyerahan sijil oleh Dr. Lita Feriyawati

Habis sudah kursus di USU....tunggu supir jemput hantar balik hotel... pasni libur ke Danau Toba

Thursday, September 29, 2016

PIJAT OH PEPIJAT

 Lame tak update blog ni.... bukan apa... seminggu ni gue bizi berperang dengan sejenis serangga yang kecil tapi power iaitu pijat...
Entah mana datangnye pijat ni tak taulah.... yang pastinya kulit gue yang puteh gebu udah jadi pokedot merah2 weiiii.... dah ler gatal ya amat...garu2 sampai koyak kulit....hmmmm aptb....
so di sebabkan menatang kecik ni den pun mencari2 info tentang pijat ni... tengok kat youtube, cari kat embah google...macam2 lah...
habis2 jalan terakhir nak bunuh pijat ni ialah bakar.... sebelum tu dah la gue try sembur dgn penyembur bedbug ni....mak aiiii bau dia, gue boleh mabuk gini....memang busuk giler...
 So gue start sembur bilik ofic gue di kedai, selama 3 hari berturut-turut, tapiiiiiiiii....rupanya tak mati pun...ada lagi rupenye makhluk ni. entah kat mana dia sembunyi tak taulah.....
 sekadar gambar hiasan dari google...
Ni la bahana gigitan pepijat tau....habis badan gue jadi gini.... gatal weiii xleh nak tido lena...asyik bergaru ajer...
kat kaki pun habis merah-2....huwaaaaaa
badan pun dah penuh pokedot merah-merah weiii

Tuesday, August 30, 2016

AKU STOKIS EMAS POWERGOLD

BULAN MEI 2016 BERMULANYA BISNES BARU YANG AKU CEBURI PULAK...IAITU BISNES EMAS...DULU CUMA MINAT BELI BARANG KEMAS JER...SEKARANG NI TERBUKA HATI PULA NAK MAIN EMAS KETUL DAN EMAS DINAR YANG BERKETULENAN 999... KALAU BARANG KEMAS CUMA EMAS 916 JER KAN... MANA ADA BARANG KEMAS 999....SO START LAH AKU KELUARKAN SEDIKIT MODAL UTK JADI STOKIS POWER GOLD NI SEJAK CELIK EMAS, BILA NEGARA EKONOMI SEMAKIN TENAT KORANG AKAN RASA YG DUIT KITA DAH SUSUT NILAI...TP BG LUAR NEGARA DUIT KITA XDE NILAI... SO BELILAH EMAS UTK KEGUNAAN DI MASA AKAN DATANG...
 TAPI EMAS YANG PALING MAHAL PADA AKU IALAH EMAS PEMBERIAN SUAMI LAH, DI SAAT SEBENTUK CINCIN PERMATA DI SARUNGKAN KE JARI MANIS AKU.....YG TU PALING MAHAL WALAUPUN KECIK....SO SWEETTTTTTT....
 ORANG CINA MEMANG PERCAYA EMAS ADA ONG....TU PASAL DEPA KAYA RAYA...DEPA DAPAT DUIT, DEPA BELI EMAS SEBAGAI SIMPANAN, SBB TU KAUM CINA MAKIN LAMA MAKIN KAYA SBB DEPA CERDIK....
 ORANG INDIA PUN CELIK EMAS...SEKALI DEPA KAWIN, NAH AMBIK KAU, DEPA SARUNGKAN RANTAI UNTUK ISTERI DEPA RANTAI KAPAL TAU TAK...
DUIT KITA NILAINYA SEMAKIN KECIK DAN TAK BERHARGA.....FIKIR-FIKIRKANLAH...
BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT, EMAS NI MAKIN HARI MAKIN NAIK HARGA...
 KALAU LAMBAT KORANG BERTINDAK, JAWABNYA KO KAWIN DGN WARGA EMAS PUN TAKPELAH....DAPAT JUGAK EMAS KAN...APALAGI KAWIN DI USIA EMAS....
HARGA PAKEJ TERBARU UTK JADI AHLI POWERGOLD...SEKALI DAFTAR JER...PASTU TIAP2 BULAN DPT BELI EMAS HARGA KILANG...

JIKA BERMINAT NAK BELI EMAS ATAU MENDAFTAR JADI AHLI/AGEN/STOKIS,,,,SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 018-2838788 @ WSP 016-2212499

MENJUAL SEANEKA PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

 BAGI SESIAPA YANG NAK BELI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN BOLEHLAH DATANG KE KEDAI SY DI AMPANG JAYA... CALL DULU SEBELUM DATANG... DISKAUN HEBAT 5% - 20%....

 SET SELEPAS BERSALIN JUGA BOLEH DIDAPATI DI SINI YER...
 SET-SET BERSALIN....
 SET BEKAM JUGA ADA DI JUAL DI SINI...
 PRODUK KECANTIKAN.... WANITA NI MMG SUKA NAK CANTIK2...APALAGI YANG ADA SUAMI ANDA WAJIB BERHIAS DI HADAPAN SUAMI, JGN SUAMI BALIK KEJE TGK ISTERI DAH MACAM HANTU MAK LIMAH.....

ENJIT-ENJIT SEMUT...
SAPE SAKIT NAIK ATAS...
 LOSYEN PANAS JUGA ADA, RAMAI SUKA PAKAI UNTUK KEMPISKAN PERUT...
 SEANEKA LIPSTIK DAN KRIM KECANTIKAN WAJAH...WAJAH YANG KUSAM BOLEH CALIT KRIM BG NAIK SERI YER...

JUGA SAYA ADALAH STOKIS EMAS DAN DINAR POWERGOLD... SESIAPA NAK BELI EMAS BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA...

ALAMAT PREMIS :

A-1-05, JALAN 16B, DESA PERMAI, 
TAMAN DATO AHMAD RAZALI,
68000 AMPANG SELANGOR.
TEL : 018-2838788
WSP: 016-2212499

10 pagi - 6 petang / 8 mlm - 10 mlm